Wednesday, November 29, 2017

RESEPI DAGING TUMBUK BEREMPAH

REMPAH
Rempah ialah bahan perisa makanan yang terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria.

Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.

RESEPI DAGING TUMBUK BEREMPAH

BAHAN BAHAN
400 g daging (direbus bersama garam sehingga empuk)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 sudu makan sos tomato
1-2 sudu makan cili giling Cap Puteri
1/3 cawan susu cair
1 sudu makan kicap pekat
kicap manis secukupnya
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan manis
sedikit garam dan gula
1 batang kulit kayu manis

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas

PROSES MASAK
Daging yang sudah direbus hendaklah dihiris nipis dan ditumbuk-tumbuk sedikit. Kemudian perapkan sebentar bersama kicap pekat, kicap manis, jintan manis, serbuk ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar bersama kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan sos tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak.

Masukkan daging, susu cair dan daun pandan. Kacau sebati. Masak dengan api perlahan.

Setelah kuahnya pekat atau daging sudah lembut, bolehlah ditutupkan api. Boleh juga dimasak berkuah jika suka.

Hidangkan.

No comments:

Post a Comment