Sunday, November 26, 2017

RESEPI HATI AYAM GORENG GARING


BAHAN BAHAN
asam jawa
garam, gula
700 gm hati ayam
BAHAN KISAR
5 biji bawang kecil
2 biji bawang besar
halia
lengkuas
serai kisar
kunyit hidup
2 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar

BAHANUNTUK MENGGORENG
1 biji telur gred A
2 sudu besar tepung jagung

PROSES MASAK
Gaulkan bahan-bahan kisar bersama asam jawa, garam dan gula secara merata pada hati ayam.

Perap seketika supaya bahan-bahan kisar meresap pada hati ayam tadi.

Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan-bahan tadi. Kacau dan tutup kuali.

Masak dengan api sederhana dan hendaklah dikacau sekejap-sekejap sehingga bahan-bahan tadi kering.

Masukkan ungkep hati ayam tadi di dalam mangkuk dan gaul bersama telur dan tepung jagung secara merata.

Panaskan minyak dan goreng ungkep hati ayam tadi hingga garing dengan minyak terendam.

No comments:

Post a Comment