BAHAN BAHAN
asam jawa
garam, gula
700 gm hati ayam
BAHAN KISAR
5 biji bawang kecil
2 biji bawang besar
halia
lengkuas
serai kisar
kunyit hidup
2 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar
BAHANUNTUK MENGGORENG
1 biji
telur gred A
2 sudu
besar tepung jagung
PROSES MASAK
Gaulkan bahan-bahan kisar bersama
asam jawa, garam dan gula secara merata pada hati ayam.
Perap seketika supaya bahan-bahan
kisar meresap pada hati ayam tadi.
Panaskan sedikit minyak dan masukkan
bahan-bahan tadi. Kacau dan tutup kuali.
Masak dengan api sederhana dan
hendaklah dikacau sekejap-sekejap sehingga bahan-bahan tadi kering.
Masukkan ungkep hati ayam tadi di
dalam mangkuk dan gaul bersama telur dan tepung jagung secara merata.
Panaskan minyak dan goreng ungkep
hati ayam tadi hingga garing dengan minyak terendam.
No comments:
Post a Comment