Sunday, November 26, 2017

RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
BAHAN BAHAN
5-8 biji telur rebus kupas kulitnya
segenggam bilis halus dicuci dan ditos
sedikit belacan
air asam jawa secukupnya
garam, gula dan secubit perasa

BAHAN KISAR
bawang merah kisar
bawang putih kisar
cili kisar secukupnya

PROSES MASAK
Tumiskan bahan-bahan kisar dan belacan hingga naik bau. Masukkan air asam dan kacau sebati.

Rasakan dengan garam, gula dan perasa.Masukkan telur rebus tadi dan gaulkan dengan sambal.

Agak-agak sudah mesra masukkan bilis dan kacau sebati. Bila sambal benar-benar sebati tutup api dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment