Thursday, November 16, 2017

RESEPI IKAN BARONANG/BELAIS MASAK BRENGKES

Belais atau Baronang (Siganus Sp.) adalah sekelompok ikan laut yang masuk dalam keluarga Siginidae. Ikan ini dikenal oleh masyarakat dengan nama yang berbeza beza satu sama lain Baronang ditemukan di perairan dangkal laguna di wilayah Indo-Pasifik dan timur Laut Tengah. ikan ini dalam bahasa inggris disebut rabbitfish karena prilaku makannya yang memakan tumbuh-tumbuhan (rumput laut) secara rapi seperti dipangkas mesin rumput kecil. Baronang merupakan salah satu ikan yang menjadi kegemaran bagi para pemancing di laut.

BAHAN BAHAN
2-3  ekor ikan belais - bersihkan dan potong 2 kalau besar
3/4 cawan santan pekat - ambil kepala santannya sahaja
1  1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 biji limau nipis - perah jusnya
garam / perasa pilihan
1/2 cawan minyak

BAHAN DIKISAR
5-7 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 sudu makan biji ketumbar

PROSES MASAK
Goreng ikan separuh masak - angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.

Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata 

Masukkan ikan dan tuangkan santan pekat

Masak sehingga kuah mulai pekat dan keluar minyak. Jangan selalu diterbalikkan ikan kerana isi ikan yang lembut  akan pecah. Gunakan api perlahan. Tambahkan garam 

Perah jus limau nipis ke qatas ikan dan balik-balikkan ikan perlahan-lahan.

No comments:

Post a Comment