Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai
asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di
negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan
santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran.
Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi
terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan
penggunaan santan serta air dalam masakan.
Variasi masak lemak juga terdiri daripada jenis yang
pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau bagaimanapun, masakan manisan
yang berasaskan kuah santan lebih dikenali sebagai pengat atau bubur santan
berbanding masak lemak. Kini, masakan ini turut mengubah daripada penggunaan
santan kepada penggunaan susu terutamanya susu cair atau susu sejat atas
sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk mendapatkan barang-barang
masakan.
Penggunaan atau kaedah masak lemak ini sangat lazim pada
budaya yang asal-usulnya di kawasan yang banyak menggunakan pokok kepala dalam
kehidupan dan pemakanan seharian seperti orang Minang, orang Jawa, orang Pantai
Timur Malaysia dan mereka yang duduk berhampiran sawah serta pantai.
RESEPI IKAN GERUT MASAK
LEMAK CEKUR
2 keping kepala ikan Gerut
Campuran sedikit isi ikan
1 keping asam gelugur
1 btng serai- di titik
2 biji buah tomato - di belah 4
2 cwn santan pekat
1 cawan santan cair
daun cekur secukupnya- di hiris
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis
BAHAN KISAR
5 biji bwng merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ketul ubi cekur
4 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi merah/hijau
CARA MEMASAK
Bersihkan ikan, cuci dan toskan.
Panaskan miyak dlm periuk dan tumiskan bahan2
kisar, serai sehingga naik bau.
Tambahkan santan cair dan biarkan mendidih
sebentar.
Masukkan asam keping dan ikan. Masukkan pula
santan pekat dan biarkan mendidih.
Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan
pula tomato dan hirisan daun cekur Biarkan mendidih lagi.
Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, bolehlah
matikan api, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment