Ikan Sebelah, Ikan Lidah, atau Ikan
Sisa Nabi adalah ikan yang dimiliki oleh beberapa keluarga. Secara umumnya,
mereka adalah ahli keluarga Soleidae, tetapi, di luar Eropah, nama ikan sebelah
juga digunakan untuk pelbagai jenis ikan yang mengkhusus kepada ikan leper yang
serupa, terutamanya ahli lain suborder ikan Soleoidei dan juga ahli-ahli
Pleuronectidae. Dalam masakan Eropah, terdapat beberapa spesies yang boleh
dianggap ikan sebelah benar, tetapi ikan sebelah biasa atau Dover Solea solea,
sering hanya disebut ikan sebelah, adalah yang paling dikenali dan yang paling meluas.
BAHAN BAHAN
5 Ekor ikan sebelah @ 1 kg -
dibersihkan
2 biji cili capsicum ( warna merah dan
kuning)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
2 biji tomato
1 tin nenas dalam tin- boleh juga guna
yang fresh.
BAHAN SOS
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos plum
Sedikit minyak bijan
Air nenas dalam tin
Garam dan gula secukup rasa-bila perlu
saja
Boleh dibancuh 1 sudu kecil tepung
jagung dengan sedikit air dan dimasukkan dalam adunan sos untuk bagi sos jadi
pekat
PROSES MASAK
Ikan Sebelah dibersihkan dan dipotong
kemudian letakkan garam dan kunyit atau keringkan ikan dengan tisu dapur
kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna .
Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.
Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua
bawang,halia dan kacau hinggap terbit bau wangi.
Masukkan cili capsicum dan kacau kemudian masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita .
Kalau nak kuah lebih tambah la sedikit saja air. Bila kuah dah masak terus la dituang ke atas ikan

No comments:
Post a Comment