Tuesday, November 28, 2017

RESEPI IKAN MASIN TALANG GORENG BERBAWANG

IKAN KERING
Ikan kering merujuk kepada cara pengawetan ikan dengan merendamnya dalam air garam dan mengeringkannya. Ia merangkumi kesemua jenis ikan yang diproses dengan cara sebegini. Ikan kering boleh dikeringkan dengan cara dijemur pada panas matahari atau melalui di salai di atas api yang perlahan.
Ikan kering biasanya banyak dijual dan dimakan semasa musim tengkujuh, apabila para nelayan tidak dapat pergi menangkap ikan di laut kerana ombak besar.

RESEPI IKAN MASIN TALANG GORENG BERBAWANG

BAHAN BAHAN
200gm isi ikan talang masin
15 biji Cili padi
2 Biji Bawang Merah kecil
2 Biji Bawang Putih
Asam Jawa

PROSES MASAK
Ikan masin Talang di potong kecil dan di goreng sehingga garing. 

Goreng kan pula bawang besar yang di hiris kasar bersama cili hidup yang di cicang kasar sehingga keperangan.  

Angkat dan taburkan ke atas ikan masin tadi. Kalau nak jadi kan ianya berkuah, semasa menumis bawang tadi, masukkan secawan air asam jawa ke dalam kuali.  Biarkan ianya mendidih bersama bawang tadi,


kemudian masukkan ikan masin tadi, gaul rata dan angkat kemudiannya dari kuali.  .

No comments:

Post a Comment