IKAN KERING
Ikan kering merujuk kepada cara pengawetan ikan dengan merendamnya dalam
air garam dan mengeringkannya. Ia merangkumi kesemua jenis ikan yang diproses
dengan cara sebegini. Ikan kering boleh dikeringkan dengan cara dijemur pada
panas matahari atau melalui di salai di atas api yang perlahan.
Ikan kering biasanya banyak dijual dan dimakan semasa musim tengkujuh,
apabila para nelayan tidak dapat pergi menangkap ikan di laut kerana ombak
besar.
RESEPI IKAN MASIN TALANG GORENG BERBAWANG
BAHAN BAHAN
200gm isi ikan talang masin
15 biji Cili padi
2 Biji Bawang Merah kecil
2 Biji Bawang Putih
Asam Jawa
PROSES MASAK
Ikan masin Talang di potong kecil dan
di goreng sehingga garing.
Goreng kan pula bawang besar yang di
hiris kasar bersama cili hidup yang di cicang kasar sehingga keperangan.
Angkat dan taburkan ke atas ikan
masin tadi. Kalau nak jadi kan ianya berkuah, semasa menumis bawang tadi,
masukkan secawan air asam jawa ke dalam kuali.
Biarkan ianya mendidih bersama bawang tadi,
kemudian masukkan ikan masin tadi,
gaul rata dan angkat kemudiannya dari kuali.
.
No comments:
Post a Comment