MASAK LEMAK
Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi
nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun
Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa
dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak
lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga
jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan
serta air dalam masakan.
RESEPI LEMAK CILI API KETAM
BAHAN BAHAN
4 ekor ketam sederhana besarnya.
2 helai daun kunyit di simpul
2 batang serai di titik
Santan Pekat secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
20 biji cili api
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang kecil merah
2 cawan air Asam Jawa
PROSES MASAK
Bersih kan ketam, Potong dua bersihkan dan toskan.
Masakkan bahan yang di tumbuk tadi
bersama 2 cawan air dan juga serai. Lebih kurang 10 minit. Masukkan ketam,
santan pekat, kunyit hidup dan garam secukup rasa. Gaul ketam perlahan.
Pastikan kuah tidak mengelegak sangat
sehingga pecah minyak. Nanti rasanya
kurang sedap. Siap
No comments:
Post a Comment