Sunday, November 19, 2017

RESEPI IKAN SEBELAH SWEET N SOUR

Ikan Sebelah, Ikan Lidah, atau Ikan Sisa Nabi adalah ikan yang dimiliki oleh beberapa keluarga. Secara umumnya, mereka adalah ahli keluarga Soleidae, tetapi, di luar Eropah, nama ikan sebelah juga digunakan untuk pelbagai jenis ikan yang mengkhusus kepada ikan leper yang serupa, terutamanya ahli lain suborder ikan Soleoidei dan juga ahli-ahli Pleuronectidae. Dalam masakan Eropah, terdapat beberapa spesies yang boleh dianggap ikan sebelah benar, tetapi ikan sebelah biasa atau Dover Solea solea, sering hanya disebut ikan sebelah, adalah yang paling dikenali dan yang paling meluas.

BAHAN BAHAN
5 Ekor ikan sebelah @ 1 kg - dibersihkan
2 biji cili capsicum ( warna merah dan kuning)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
2 biji tomato
1 tin nenas dalam tin- boleh juga guna yang fresh.

BAHAN SOS
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos plum
Sedikit minyak bijan
Air nenas dalam tin
Garam dan gula secukup rasa-bila perlu saja

Boleh dibancuh 1 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air dan dimasukkan dalam adunan sos untuk bagi sos jadi pekat

PROSES MASAK
Ikan Sebelah dibersihkan dan dipotong kemudian letakkan garam dan kunyit atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna .

Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang,halia dan kacau hinggap terbit bau wangi. 

Masukkan cili capsicum dan kacau kemudian masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . 

Kalau nak kuah lebih tambah la sedikit saja air. Bila kuah dah masak terus la dituang ke atas ikan

No comments:

Post a Comment