KARI
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di
Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara
yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang
berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang
benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat
oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian,
hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian
dalam bahasa asli masing-masing di sana.
RESEPI KARI AYAM YOGURT
BAHAN BAHAN
500gm ayam dipotong kecil-kecil dan digoreng separuh
masak
5 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk cili
rempah 4 sekawan (buah pelaga,
cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
3 sudu besar fresh yogurt / plain
yogurt
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
sedikit hirisan tomato dan karot
ubi kentang secukupnya
BAHAN KISAR
1 Biji labu bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
PROSES MASAK
Sediakan dan panaskan minyak
secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan hingga terbit bau.
Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis lagi hingga garing.
Rempah kari daging, rempah kurma dan
serbuk cili disatukan di dalam satu bekas dan bancuhkan dengan sedikit air.
Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan tumis tadi. Masak hingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan ayam separuh
goreng tadi bersama ubi kentang. Kacau sebentar dan masukkan air secukupnya.
Masak hingga mendidih.
Masukkan pula yogurt dan bahan-bahan
selebihnya. Kacau rata-rata. Setelah
masak, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment