MASAK LEMAK
Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul
tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara
rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa
dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak
lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis
yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air
dalam masakan.
RESEPI UDANG MASAK LEMAK SAYURAN
BAHAN BAHAN
15 ekor udang basah (dibersihkan dan
digoreng terlebih dahulu)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugur
sedikit garam dan gula
santan secukupnya
hirisan sayur campur
BAHAN KISAR
8 biji cili api
1 sudu makan udang kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
PROSES MASAK
Tumis bahan-bahan kisar dan serai
hingga terbit bau. Masukkan sayur campur, santan dan bahan-bahan selebihnya.
Boleh tambah air jika perlu.
Apabila sudah mendidih, barulah
dimasukkan udang goreng tadi. Kacau sebati.
Tutupkan api, dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dsbnya.
No comments:
Post a Comment