Kari ialah
nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India,
Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia
Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India
merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat
"Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh
penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian,
hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian
dalam bahasa asli masing-masing di sana.
BAHAN
BAHAN
Ikan alu
alu saiz 1Kg
3 biji
terung ungu saiz kecil dibelah dua
5 biji
bawang merah dihiris
2 biji
bawang putih dihiris
1/2 sudu
kecil halba
3 tangkai
daun kari dilurutkan
1 cawan
santan
sedikit
garam dan gula jika suka
BAHAN DIKISAR
3 biji
bawang besar
1/2 inci halia
2 sudu
besar rempah kari ikan (digaul dengan bahan kisar)
sedikit
air asam untuk mengisar
PROSES MASAK
Tumiskan
bahan-bahan hiris, halba dan daun kari hingga keperangan.Masukkan campuran
bawang besar kisar dan serbuk kari. Gaul rata dan biarkan hingga pecah minyak
Masukkan
garam dan gula secukup rasa. Setelah sebati rasa dan bahan-bahan tumis tadi,
masukkan ikan dan gaul lagi.
Masukkan
sedikit air agak-agak tenggelam ikan tadi. Bila mendidih tambahkan dengan
santan dan terung.
Masak
dengan dikacau sekali-sekala hingga kuah mendidih dan terung empuk. Siap
No comments:
Post a Comment