KARI
Kari ialah nama
untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri
Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia
Selatan dan Asia Tenggara.
Serupa dengan teh,
kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa
hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian
dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18.
Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang
dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
RESEPI KARI IKAN BAWAL
HITAM
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
300gm ekor ikan
bawal hitam - dipotong 2 atau 3 bahagian
4 sudu makan rempah
kari ikan - dicampur dengan sedikit air supaya menjadi pes yang pekat
2 sudu teh herba
campur
2 tangkai daun kari
2 biji cili hijau -
dipotong 1 inci
1 ibu jari asam
jawa - dicampur dengan 1 mangkuk air
1 mangkuk santan
10 biji kacang
bendi
BAHAN DIHIRIS NIPIS:
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
- saiz sederhana
1 inci halia
PROSES MASAK
Panaskan sedikit
minyak di dalam kuali. Tumis bahan hiris hingga wangi.
Masukkan rempah
kari ikan, daun kari dan cili hijau. Tumis hingga kari pecah minyak. Pastikan
sentiasa dikacau supaya kari tidak berkerak.
Masukkan air asam
jawa dan santan. Kacau rata hingga kuah mendidih. Masukkan garam dan sedikit
perasa. Masukkan ikan dan bendi. Kacau rata dan tutup kuali sebentar
Rasa garamnya.
Bolehlah ditutup apinya.
No comments:
Post a Comment