Thursday, November 30, 2017

RESEPI SAMBAL IKAN TERUBUK MASIN

SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.di sana.

RESEPI SAMBAL IKAN TERUBUK MASIN

BAHAN BAHAN
1 ekor ikan terubuk masin -, dipotong dan dibersihkan.
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar - dimayang bulat
garam
gula

BAHAN TUMBUK
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

PROSES MASAK
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ke tepikan. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga wangi.

Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.Masukkan air asam jawa. Kacau rata.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masukkan bawang besar yang dimayang bulat. Masak hingga bawang layu.


Masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul rata.  Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment