KANGKUNG
Kangkung atau Kangkong (nama saintifik Ipomoea spp.)
adalah jenis sayuran berdaun tropika dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai
taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan
Oceania.Di Asia, kangkung boleh dijumpai di hampir mana-mana kawasan berair.
Di Malaysia ia
ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur tanah rendah.
Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia iaitu
kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing
dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun
lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. Kangkung banyak dijual di
pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar basah dan pasar raya besar seperti Tesco
dan Giant.
RESEPI KERABU KANGKUNG
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
Seikat Kangkung
2 batang serai
3 batang cili merah
10 biji cili padi
2 ekor ikan kering
yg ada isi
segenggam kelapa
parut
limau nipis
garam
gula
PROSES
MASAK
Bersihkan kangkung,
ela ambik daun ajer dan celur hingga layu. Kisar cili merah, cili padi dan
serai
Gorengkan ikan
masin dan tumbuk kasar . panaskan kuali, masuk kelapa parut dan bahan blend
Goreng hingga
kering, masuk ikan kering. masuk sikit garam dan gula. Angkat dan gaul bersama
kangkung dalam mangkuk besar. perah limau nipis.
No comments:
Post a Comment