TAUGEH
Tauge atau kecambah ialah anak benih yang baru bercambah dan menjadi
sejenis sayuran yang popular dan boleh dimakan mentah atau sesudah masak.
Disamping itu, ianya bersih daripada racun kulat atau serangga, dan mempunyai
vitamin A dan C dan sumber kalsium yang tinggi.
Walaupun ada pelbagai jenis tauge, di Malaysia hanya terdapat dua jenis
tauge yang utama dan biasa digunakan dalam masakan harian iaitu tauge halus dan
tauge kasar.
Cara penghasilannya adalah mudah dan bersih jikalau langkah-langkah
tertentu diambil dan diawasi. Tauge dicambah dengan mengalirkan air pada biji
benih selama beberapa minit dalam beberapa kali sehari sehinggalah tauge
mencapai tahap matang yang dikehendaki. Tahap matang tauge berbeza mengikut pasaran
tempatan. Tauge biasanya dijadikan dalam ramuan bahan makanan penduduk Asia dan
kini menjadi pilihan juga bagi masyarakat Barat.
RESEPI KERABU TAUGE IKAN BILIS GORENG
BAHAN BAHAN
2 genggam tauge yang di bersihkan.
1 genggam ikan bilis di goreng garing
dan ketepikan.
3 biji cili merah
sedikit belacan di tumbuk hancur
kasar.
1 biji bawang besar di dadu kan
5 biji cili api di hiris.
1 sudu udang kering di tumbur hancur.
1 sudu jus lemon.
PROSES MASAK
Masukkan tauge ke dalam penapis. Curah kan air panas dan terus toskan. Jangan celur nanti tauge jadi lembik. Ketepikan.
Gaul cili merah yang telah di tumbuk
dengan belacan bersama bawang besar, cili api, udang kering dan juga jus
lemon. Masukkan sedikit garam sebagai
perasa.Gaulkan kesemua bahan bersama dengan tauge tadi.
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang
telah di goreng garing tadi.
No comments:
Post a Comment