IKAN BILIS
Ikan bilis merupakan ahli keluarga (Engraulidae) bagi ikan air masin
kecil yang lazim. Ikan ikan genera Stolephorus dan Encrasicholina (bunga air)
adalah biasa di Malaysia. Ikan bilis ialah ikan hijau yang kecil dengan
pantulan biru berikutan jalur melintang pada badannya. Panjang maksimumnya
ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang kecil dan tajam pada kedua-dua
rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan hering. Makanan utama ikan bilis
ialah plankton.
RESEPI KERABU IKAN BILIS DAUN KETUMBAR
RESEPI KERABU IKAN BILIS DAUN KETUMBAR
BAHAN BAHAN
300gm Ikan bilis yang telah di goreng
dan di ketepikan.
1 biji bawang holland - potong dadu
5 biji bawang kecil merah - potong
dadu
2 biji tomato - potong dadu
20 biji cili api - hiris halus
3 batang serai - hiris halus
1 ikat daun ketumbar - di hiris kasar
Sedikit garam
1/2 sudu makan gula
8 biji Jus limau kasturi
PROSES MASAK
Gaul kesemua bahan-bahan tadi kecuali
ikan bilis, limau kasturi, garam dan gula.
Masukkan garam, gula dan jus limau
kasturi kemudian gaul rata dan rasa.
Akhir sekali baru masukkan ikan
bilis, gaul rata dan sedia untuk di hidang.
sedap
ReplyDelete