Wednesday, November 29, 2017

RESEPI MASAK ASAM PEDAS IKAN BELANAK

ASAM PEDAS
Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.

RESEPI MASAK ASAM PEDAS IKAN BELANAK
 
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
7 cili kering
5 bawang merah
1 ulas bawang putih
5 asam keping
5 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
Garam dan serbuk perasa
sedikit daun kesum

PROSES MASAK
Kisar semua sekali kecuali asam keping dan daun kesum. Masukkan dalam periuk dan masukkan air secukupnya. Rebus sehingga menggelegak, baru dimasukkan ikan.

Masukkan garam dan daun kesum. Sesuaikan rasa. Boleh dimakan dengan nasi putih panas panas.


No comments:

Post a Comment