Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang
mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah
kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat
daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain
itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada
penghasilan tauhu.
Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut
kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.
RESEPI MASAK KICAP SOTONG
BAHAN BAHAN
4
ekor sotong saiz sederhana – dibersihkan dan dipotong bulat
1 biji kentang – dikupas, dipotong
wedges dan digoreng hingga masak
1 biji tomato belah
1 biji bawang besar – dipotong bulat
1 biji cili merah – dipotong
4 sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar kicap lemak masin
Serbuk perasa
BAHAN KISAR
1 sudu teh jintan putih (jintan
halus)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan
tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan kicap. Kacau rata. Masukkan
sotong, kentang, bawang besar, cili merah hiris dan serbuk perasa. Kacau rata
hingga sotong masak.
Masukkan tomato. Kacau rata sebentar.
Tutup api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment