Tuesday, November 28, 2017

RESEPI MASAK KICAP SOTONG

Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.

Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.

RESEPI MASAK KICAP SOTONG

BAHAN BAHAN
4  ekor sotong saiz sederhana – dibersihkan dan dipotong bulat
1 biji kentang – dikupas, dipotong wedges dan digoreng hingga masak
1 biji tomato  belah
1 biji bawang besar – dipotong bulat
1 biji cili merah – dipotong 
4 sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar kicap lemak masin
Serbuk perasa

BAHAN KISAR
1 sudu teh jintan putih (jintan halus)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan kicap. Kacau rata. Masukkan sotong, kentang, bawang besar, cili merah hiris dan serbuk perasa. Kacau rata hingga sotong masak.

Masukkan tomato. Kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment