Tuesday, November 28, 2017

RESEPI AYAM KICAP

KICAP

Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.

Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.

RESEPI AYAM KICAP
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
500gm ayam daging.
kicap manis secukupnya
1 cawan air
Sedkit gula
1 biji bawang holand yang di potong kasar

PROSES MASAK
Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.

Gorengkan ayam sehingga separuh suku masak.  Bila ayam semua telah habis di goreng,  tinggal kan sedikit aje minyak dalam kuali dan  masukkan semula ayam yang telah di goreng ke dalam kuali.

Tuang kicap manis ke dalam kuali dan gaul rata. Masukkan air dan juga gula ke dalam kuali dah biarkan mendidih sehingga menjadi pekat.


Taburkan bawang holland dan gaul rata.  Sedia untuk di hidang.

No comments:

Post a Comment