SAMBAL
Sambal ialah sos
yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan
bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan
Sambal ialah salah
satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan
sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.di sana.
RESEPI SAMBAL CILI API
SOTONG
BAHAN BAHAN
500g sotong - cuci
dan potong cincin
1 biji bawang besar
- belah dua dan hiris kasar.
1 keping asam
gelugor
BAHAN KISAR
Segenggam cili api
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai -
hiris nipis
2 helai daun kunyit
- hiris nipis
PROSES PENYEDIAAN
Didihkan air dalam
periuk. Bila dah mendidih, masukkan sotong selama 2 minit. Kemudian sejatkan.
Dalam kuali,
panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan agak
garing.Masukkan asam keping. Masukkan
sotong celur, bawang besar, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata.
Bila bawang besar
sudah layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment