Thursday, November 30, 2017

RESEPI SAMBAL KICAP

SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.di sana.

RESEPI SAMBAL KICAP

BAHAN BAHAN
25 biji cili api
2 - 3 ulas bawang putih
Kicap pekat manis

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan semua cili dan bawang putih. Tutup segera kuali anda. Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata. Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan.

Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.


Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment