SAMBAL
Sambal ialah sos
yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan
bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan
Sambal ialah salah
satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan
sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.di sana.
RESEPI SAMBAL IKAN
BILIS KERING
BAHAN BAHAN
2 peket tempe -
dipotong dadu dan digoreng garing
1 cawan ikan bilis
- digoreng garing
1 cawan kacang
tanah - digoreng garing
4 sudu makan cili
kering kisar
1/2 cawan air asam
jawa
Garam
Gula
BAHAN KISAR
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
PROSES MASAK
Tumis bahan tumbuk
hingga wangi. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.
Masukkan air asam
jawa, garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Biarkan kuah mendidih dan pekat.
Rasa masin dan manisnya.
Masukkan kacang
goreng, ikan bilis dan tempe goreng. Gaul rata. Tutup api. Sedia untuk
dihidangkan.
No comments:
Post a Comment