TEMPOYAK
Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian
ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan
selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian.
Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal
atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais
ikan tempoyak.
Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak,
malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat
terkenal.
Tempoyak juga
terkenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).
RESEPI SAMBAL TEMPOYAK
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
20 biji cili api
1 1/2 sudu teh
garam
2 sudu makan
tempoyak
PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk cili api dan
garam hingga lumat. Masukkan tempoyak dan gaul rata. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment