SAMBAL
Sambal ialah sos
yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan
bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan
Sambal ialah salah
satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan
sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.di sana.
RESEPI SAMBAL TUMIS
SOTONG
BAHAN BAHAN
10 ekor sotong -
dibersihkan dan disejat dalam tapis untuk keringkan airnya
4 sudu makan cili
kering
sebesar ibu jari
asam jawa - campur 1/4 cawan air
2 biji bawang besar
- dipotong bulat
BAHAN TUMBUK
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
PROSES MASAK
Panaskan sedikit
minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar,
tumis hingga pecah minyak dan garing.
Masukkan air asam
jawa, garam dan serbuk perasa. Masak hingga garing.
Masukkan sotong dan
bawang besar. Kacau rata dan masak hingga bawang layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment