Sambal ialah sos yang diperbuat
daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain
seperti garam, cuka dan belacan.
Sambal ialah salah satu hidangan
istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang
berasal dari berbagai-bagai daerah.
BAHAN BAHAN
5-8 biji telur rebus kupas kulitnya
segenggam bilis halus dicuci dan
ditos
sedikit belacan
air asam jawa secukupnya
garam, gula dan secubit perasa
BAHAN KISAR
bawang merah kisar
bawang putih kisar
cili kisar secukupnya
PROSES MASAK
Tumiskan bahan-bahan kisar dan
belacan hingga naik bau. Masukkan air asam dan kacau sebati.
Rasakan dengan garam, gula dan
perasa.Masukkan telur rebus tadi dan gaulkan dengan sambal.
Agak-agak sudah mesra masukkan bilis
dan kacau sebati. Bila sambal benar-benar sebati tutup api dan bolehlah
dihidangkan.
No comments:
Post a Comment