Tuesday, November 21, 2017

RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah
BAHAN BAHAN
600 gram udang sederhana besar
garam, gula dan perasa secukupnya
1/2 cawan air asam jawa ( jangan pekat sangat )

BAHAN KISAR
2-3 senduk cili kering
sedikit belacan
6 biji bawang merah
1 biji bawang putih

PROSES MASAK
Bersihkan udang dan buang sesungutnya. Panaskan minyak dan goreng udang hingga bertukar warna. Angkat dan toskan minyaknya.

Lebihan minyak tadi tumiskan dengan cili kisar, diikuti bahan-bahan kisar ( kisar bersama air asam) hingga pecah minyak. Lagi lama lagi sedap tetapi api hendaklah sentiasa dijaga dan dikacau sekejap-sekejap Rasakan dengan garam, gula dan perasa. Kacau lagi.

Bila sambal telah mesra masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Biarkan seketika atas api dan boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment