Tuesday, November 21, 2017

RESEPI SOTONG MASAK KUNYIT

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.
BAHAN BAHAN
500 gram sotong
1 biji bawang besar dihiris bulat-bulat
5 biji lada merah dihiris
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit air asam jawa
garam, gula dan perasa secukupnya

PROSES MASAK
Sotong dibersihkan, dipotong membulat dan dibuang pundi hitamnya.

Gaulkan sotong tadi dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.

Panaskan minyak dan tumiskan sotong tadi. Gaul seketika dan tutup kuali.
Bila air sotong hampir kering, masukkan air asam, perasa dan gula secukupnya. Kacau lagi.

Masukkan hirisan lada merah dan bawang besar, kacau dan biarkan seketika atas api hingga bahan-bahan yang dihiris agak layu.

Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment