Kunyit
(Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan
masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning
pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan
masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman
badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi
sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.
BAHAN
BAHAN
500 gram
sotong
1 biji
bawang besar dihiris bulat-bulat
5 biji
lada merah dihiris
1/2 sudu
kecil serbuk kunyit
sedikit
air asam jawa
garam,
gula dan perasa secukupnya
PROSES MASAK
Sotong
dibersihkan, dipotong membulat dan dibuang pundi hitamnya.
Gaulkan
sotong tadi dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Panaskan
minyak dan tumiskan sotong tadi. Gaul seketika dan tutup kuali.
Bila air
sotong hampir kering, masukkan air asam, perasa dan gula secukupnya. Kacau
lagi.
Masukkan
hirisan lada merah dan bawang besar, kacau dan biarkan seketika atas api hingga
bahan-bahan yang dihiris agak layu.
Siap untuk
dihidangkan.
No comments:
Post a Comment