ASAM PEDAS
Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka
dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat
sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah
terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga
kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas
yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi
masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur
RESEPI ASAM PEDAS IKAN SIAKAP
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan jenahak
1 kuntum bunga kantan
1/2 biji bawang besar di hiris nipis
1 biji tomato di potong baji
5 sudu makan cili kisar
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Air asam jawa
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
1 biji buah keras
1 batang serai
PROSES MASAK
Panaskan kuali dan masukkan minyak
masak secukupnya. Tumiskan bahan yang di kisar sehingga terbit minyak, kemudian
masukkan cili kisar dan gaul sehingga masak sempurna.
Bila cili telah cukup masak, masukkan
air asam dan air masak secukupnya. Masukkan juga buah tomato dan juga bunga
kantan. Biarkan mendidih.
Akhir sekali masukkan ikan, bawang
besar yang di hiris, garam secukup rasa dan masak sehingga ikan masak sempurna.
Taburkan serbuk lada hitam dan gaul
perlahan supaya ikan tak hancur. Matikan
api.
No comments:
Post a Comment