Wednesday, November 29, 2017

RESEPI SERUNDING DAGING

SERUNDING
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.

RESEPI SERUNDING DAGING

BAHAN BAHAN
1 kilo daging direbus dan dicarik halus
200 ml santan
gula melaka/gula pasir
garam
3 senduk nasi cili giling/cili boh/cili kisar
sedikit serbuk kunyit

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci halia
40 g biji ketumbar
10 g jintan manis
4 batang serai

PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.

Masukkan cili giling/cili boh/cili kisar serta serbuk kunyit dan tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.


Masukkan santan, daging dan bahan-bahan selebihnya. Kacau perlahan-lahan tanpa henti hingga kering dengan api perlahan.  Hidangkan setelah masak

No comments:

Post a Comment