Tuesday, November 28, 2017

RESEPI UDANG SAMBAL TEMPOYAK

TEMPOYAK

Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal.

Tempoyak juga terkenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).

RESEPI UDANG SAMBAL TEMPOYAK
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
500gm ekor Udang Kuning saiz sederhana
3 sudu cili kering kisar
1/2 cawan air asam jawa
3 sudu santan pekat dalam kotak
1 sudu makan tempoyak
Sedikit air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
6 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2  inci halia

PROSES MASAK
Gaulkan udang bersama garam dan kunyit.  Goreng hingga separuh masak dan ketepikan.

Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.   Tumiskan bahan yang di kisar sehingga terbit bau wangi.

Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak betul.Bila cili telah masak, masukkan air asam jawa dan kacau rata.

Masukkan pula udang yang telah di goreng tadi dan gaul rata. Bila udang telah masak, masukkan campuran santan dan tempoyak.


Biarkan ianya mendidih sebentar baru masukkan garam dan gula secukup rasa. Taburkan daun limau purut dan tutupkan api dapur. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment