Wednesday, November 29, 2017

RESEPI CHILI CRABSEKADAR

CHILI CRAB
Chili Crab adalah hidangan makanan laut Singapura. Kepiting lumpur lazimnya digunakan dan digoreng dalam sos tomato semi-tebal, manis dan sedap dan sos berasaskan cili. Walaupun namanya, Chili Crab  bukan hidangan yang sangat pedas. Ia disenaraikan di nombor 35 di 50 makanan paling lazat di dunia yang disusun oleh CNN Go pada tahun 2011


SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
3 kg ketam -dibuang kulit keras dan dicuci
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
4 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
2 cawan air
2 biji telur - dikacau rata
2 sudu teh cuka masakan
1 sudu makan tepung jagung
gula
1 pokok daun bawang - potong 1 inci panjang


CARA-CARANYA:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.

Masukkan cili kering, tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan air, cuka, gula dan garam. Kacau rata. Masukkan ketam. Gaul rata. Tutup tudung kuali. Biarkan hingga ketam masak.

Bila ketam dah masak, masukkan telur. Biarkan dalam 10 saat, baru dikacau dan dibalik-balikkan ketam hingga terpalut sos.


Masukan bancuhan tepung jagung dan daun bawang. Kacau rata.

No comments:

Post a Comment