CHILI CRAB
Chili Crab adalah
hidangan makanan laut Singapura. Kepiting lumpur lazimnya digunakan dan
digoreng dalam sos tomato semi-tebal, manis dan sedap dan sos berasaskan cili.
Walaupun namanya, Chili Crab bukan
hidangan yang sangat pedas. Ia disenaraikan di nombor 35 di 50 makanan paling
lazat di dunia yang disusun oleh CNN Go pada tahun 2011
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
3 kg ketam -dibuang
kulit keras dan dicuci
6 ulas bawang putih
- ditumbuk lumat
4 sudu makan cili
kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos
tomato
2 cawan air
2 biji telur -
dikacau rata
2 sudu teh cuka
masakan
1 sudu makan tepung
jagung
gula
1 pokok daun bawang
- potong 1 inci panjang
CARA-CARANYA:
Panaskan sedikit
minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kering,
tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tomato. Tumis hingga pecah
minyak.
Masukkan air, cuka,
gula dan garam. Kacau rata. Masukkan ketam. Gaul rata. Tutup tudung kuali.
Biarkan hingga ketam masak.
Bila ketam dah
masak, masukkan telur. Biarkan dalam 10 saat, baru dikacau dan dibalik-balikkan
ketam hingga terpalut sos.
Masukan bancuhan
tepung jagung dan daun bawang. Kacau rata.
No comments:
Post a Comment