MEE GORENG
Mi goreng (Bahasa
Inggeris: mee goreng; Templat:Lang-id; kedua-dua bermaksud "mee
digoreng" ialah satu hidangan terkenal di Indonesia, Malaysia, dan
Singapura. Ia adalah dibuat dengan mi kuning nipis digoreng dengan bawang,
udang goreng, cili, sayur-sayuran, tomato, dan telur. Ia biasanya boleh
didapati pada gerai mamak di Singapura dan kebanyakan gerai dan restoran di
Malaysia.
RESIPI MEE GORENG UDANG
BAHAN BAHAN
1 bungkus mee
kuning
Isi ayam - dipotong
dadu
1 mangkuk udang -
saiz ikut suka
2 sudu makan cili
kisar
2 sudu makan sos
cili
1 sudu makan sos
tomato
2 sudu makan kicap
pekat masin
2 sudu makan kicap
pekat manis
2 pokok sawi -
dipotong 1 inci
BAHAN TUMBUK
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
CARA MASAK:
Panaskan sedikit
minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar.
Tumis hingga terbit minyak dan wangi.
Masukkan isi ayam
dan udang. Gaul rata. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan gaul rata hingga
ayam dan udang masak.
Masukkan garam dan
serbuk perasa. Gaul rata. Rasa masin manisnya.
Masukkan sawi dan
mee. Gaul rata hingga mee masak.
Sedia untuk
dihidangkan.
No comments:
Post a Comment