Thursday, November 16, 2017

RESEPI OPOR SOTONG

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
1 kg sotong> di cuci, rebus sekejap dan toskan
2 sb serbuk besar ketumbar
2 sb jintan manis
1 inci lengkuas> di titik
1 batang serai> di titik
1 cwn santan
2 helai daun limau purut
2 sudu kerisik
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis

BAHAN BAHAN KISAR
4 ulas bawang putih> di kisar
1 biji bawang besar> di kisar
1 inci kunyit hidup> di kisar
1 inci halia>di kisar
15 tangkai cili kering(5 sb cili kisar)

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga wangi.
Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis

Masukkan lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut, masak hingga wangi.

Tuangkan santan dan masak hingga mendidih.Biarkan pekat dan akhir sekali masukkan sotong.

Gaul sebati dan matikan api. Bolehlah di hidangkan.

No comments:

Post a Comment