Monday, December 25, 2017

RESEPI KUIH APAM SERABAI

Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia.

Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.

Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama.

Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara, sama ada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit hidup”) iaitu kelapa yang masih belum cukup tua atau dengan kuah berempah (Terengganu).

RESEPI KUIH APAM SERABAI
BAHAN BAHAN
2 cawan tepung beras
½ cawan nasi
½ cawan santan
1 ½ cawan air
2 sudu kecil gula
Sedikit garam
1 sudu yis

PROSES PENYEDIAAN
Kisar semua bahan kecuali yis dan masukkan ke dalam mangkuk , kemudian masukkan yis dan kacau hingga sebati, tutup bekas dan biarkan 2 jam atau hingga adunan berbuih.

Panaskan acuan serabai , sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan yg disimpulkan dan masukkan ke dalam setiap acuan hingga sama paras.

Tutup dengan penutup periuk , bila adunan sudah masak apam serabai akan jadi berlubang halus dan boleh diangkat.


No comments:

Post a Comment