Kuih lopes merupakan sejenis kuih
tradisional Melayu. Ia diperbuat daripada pulut yang dikukus dalam kukusan.
Setelah sejuk, ia dipotong dan digaul dengan kelapa parut kering.
RESEPI KUIH LOPES
BAHAN BAHAN
2 cawan
beras pulut
2 cawan
santan cair
1/2 cawan
air pandan (dikisar)
1 st air
kapur
1/2 st
garam
beberapa
titik pewarna hijau
kelapa
parut yg di gaul dengan sedikit garam
Bahan Utk
Air Gula
3 ketul
gula melaka
5 sb gula
3 cawan
air
2 helai
daun pandan, di simpul
PROSES PENYEDIAAN
Cuci beras
pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau &
air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian
toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan
santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
Alas bekas
3. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian
potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
Semasa
kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah
mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan
bersama pulut.
No comments:
Post a Comment