Monday, December 25, 2017

RESEPI KUIH LOPES

Kuih lopes merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia diperbuat daripada pulut yang dikukus dalam kukusan. Setelah sejuk, ia dipotong dan digaul dengan kelapa parut kering.

RESEPI KUIH LOPES
BAHAN BAHAN
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
Bahan Utk Air Gula
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
2 helai daun pandan, di simpul

PROSES PENYEDIAAN
Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.

Alas bekas 3. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.

Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.


No comments:

Post a Comment