LEMPENG
Lempeng atau penkek
(Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan
bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang
disapu lemak seperti minyak dalam mentega.
Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung,
misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit
garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan
lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun
pengisar. Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan
adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.
RESEPI LEMPENG KELAPA
BAHAN BAHAN
2 cawan kelapa
parut putih
2 cawan tepung
gandum
1 camca teh penuh -
baking powder
1/2 camca teh garam
2 cawan air
minyak masak
Sambal tumis bilis
secukupnya.
PROSES PENYEDIAAN
Gaulkan kelapa
parut bersama tepung gandum, baking powder dan garam sehingga rata, masukkan
air sedikit demi sedikit dan di gaul sebati.
Panaskan sedikit
minyak masak dalam non stick pan dan letak satu senduk adunan lempeng kelapa
tadi masak pada api sederhana, bila dah keperangan balikkan.
Buat sehingga habis
adunan lempeng tadi. Hidangkan panas bersama Sambal tumis ikan bilis.
No comments:
Post a Comment