Sunday, December 03, 2017

RESEPI ROTI SOSEJ / HOTDOG

SOSEJ
Sosej ialah produk makanan yang disedia biasanya diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan adakalanya ramaun lain seperti herba, dan biasanya dibungkuskan dalam selongsong. Pembuatan sosej ialah sejenis teknik pengawetan makanan yang amat lama.
Mula-mulanya selongsong ini diperbuat daripada usus haiwan, tetapi kini diperbuat daripada bahan sintetik. Sesetengah sosej dimasak ketika diproses, dan selongsong ini boleh ditanggalkan ketika ini. Sosej boleh dipelihara secara pengawetan, pengeringan dalam udara nyaman, atau salai. Rasa menonjol dalam sesetengah sosej adalah disebabkan penapaian oleh Lactobacillus ketika mengawet.

RESEPI ROTI SOSEJ / HOTDOG
BAHAN BAHAN
3 sausage - di celur/rebus sekejap aje
3 roll bun - boleh gunakan roti hot dog
daun salad secukupnya
hirisan timun secukupnya
hirisan tomato secukup
sedikit butter untuk sapu dalam roti
sedikit mayonis untuk drizzle  atas hot dog
sedikit chili sos untuk drizzle atas hot dog

PROSES PENYEDIAAN
Roti roll bun di belah di tengahnya jangan sampai putus, sapu di tengahnya dengan sedikit butter, kukuskan sekejap aje.


Susunkan daun salad, tomato dan timun di tengah belahan roti dan letakkan sebatang sausage yang di celur tadi. Drizzle kan dengan mayonis dan chili sos. Sedia untuk di makan.  

No comments:

Post a Comment