RENDANG
Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau -
Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu,[perlu rujukan]
bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan
dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang
sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut
kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti
atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang
digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.
Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat
popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri
dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji,
majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri
harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan
masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di
Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak
RESEPI RENDANG CAMPUR
BAHAN DIREBUS
600 gram daging
lembu
600 gram paru-paru
600 gram hati lembu
BAHAN BAHAN LAIN
3 helai daun limau
purut
2 keping asam
gelugor - direndam sebantar
2 keping gula nira
tambahkan gula pasir
2 cawan santan
pekat
2 cawan air
30gram rempah
rendang adabi
3 sudu makan
kerisik
gram secukup rasa
sedikit minyak
BAHAN KISAR
5 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
segemgam cili padi
kampung
PROSES PENYEDIAAN
Tiga jenis daging, paru-paru dan hati yang direbus
hingga empuk tadi di hiris kecil.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumiskan
bahan yang telah di kisar halus hingga naik minyak, masukkan sekali gula nira
dan gula pasir.
Masukkan air dan santan diikuti dengan daging,
paru-paru serta hati yang dihiris tadi. Masukkan juga daun limau purut balik
balikkan dengan api yang sederhana.
Sebelum rendang mengering boleh masukkan asam keping dan kerisik.
Masukkan pula garam
dan masaklah sehingga rendang agak mengering.
Bagi yang suka rendang yang agak basah boleh lah biarkan rendang agak
lembab berkuah.
No comments:
Post a Comment