Sunday, December 03, 2017

RESEPI RENDANG CAMPUR

RENDANG
Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu,[perlu rujukan] bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.

Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak

RESEPI RENDANG CAMPUR
BAHAN DIREBUS
600 gram daging lembu
600 gram paru-paru
600 gram hati lembu

BAHAN BAHAN LAIN
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor - direndam sebantar
2 keping gula nira
tambahkan  gula pasir
2 cawan santan pekat
2 cawan air
30gram rempah rendang adabi
3 sudu makan kerisik
gram secukup rasa
sedikit minyak

BAHAN KISAR
5 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
segemgam cili padi kampung

PROSES PENYEDIAAN
Tiga jenis daging, paru-paru dan hati yang direbus hingga empuk tadi di hiris kecil. 

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan yang telah di kisar halus hingga naik minyak, masukkan sekali gula nira dan gula pasir.

Masukkan air dan santan diikuti dengan daging, paru-paru serta hati yang dihiris tadi. Masukkan juga daun limau purut balik balikkan dengan api yang sederhana.  Sebelum rendang mengering boleh masukkan asam keping dan kerisik.


Masukkan pula garam dan masaklah sehingga rendang agak mengering.  Bagi yang suka rendang yang agak basah boleh lah biarkan rendang agak lembab berkuah.

No comments:

Post a Comment