Wednesday, August 09, 2017

IKAN LIKING MAKANAN TRADISI SUKU KAUM BAJAU SAMAH KOTA BELUD


Ikan masin Liking merupakan salah satu makanan amat popular di Kota Belud Sabah. Sebut sahaja ikan liking memang akan tahulah tu boleh diperolehi hanya di daerah Kota Belud Sahaja.
Apa dia Ikan Liking?

Ikan liking merupakan ikan masin jeruk yang diperap dengan garam dan menghasilkan ikan jeruk yang dipanggil ikan Liking. Ikan yang digunakan adalah ikan jenis Talang. Ikan Talang yang diperolehi dari laut akan dibiar buruk dahulu dan baru diperap dengan garam selama 1 malam atau lebih. Syarat utama penyediaan ikan Liking adalah, ikan tidak boleh kena ais. Maksudnya disini ikan mestilah segar @ fresh dan tidak boleh di ais. Sekiranya ikan talang pernah di bekukan dengan ais atau disejukan dengan ais, isi ikan Liking agak keras dan tidak sedap.

Cara proses ikan jeruk adalah sama dengan di Semenanjung iaitu ikan perkasam tenggiri. Cuma didi Daerah Kota Belud dan orang Bajau samah lebih suka menggunakan ikan Talang untuk dibuat perkasam jeruk ini.

Ikan Liking banyak dijual di pasar besar Kota Belud atau pasar Tani setiap hari Khamis dan tamu minggu setiap hari Ahad di Derah ini. Harga bagi setiap ikan Liking bergantung kepada saiz dan cara penyediaan.

Terdapat dua jenis Liking yang biasa dijual iaitu yang diletakkan lada @ cili dan yang kosong. Ikan liking juga ada yang dijual secara seekor ikan atau yang telah dibelah dan dipotong.


Selain isi ikan Liking. Tulangdan kepala  ikan liking atau talang ini juga terdapat dijual secara berasingan. Tulang dan Kepala ikan ini sangat sesuai dan sedap dimasak lemak bersama buah labu merah atau di masak sambal tumis pedas. Fuh…..

Ikan Liking pula amat sedap digoreng biasa menggunakan api kecil. Setelah itu tabur bawang goreng dan perah limau kasturi bersama cili. Sedap dimakan bersama nasi panas atau nasi pulut yang panas. .Selain goreng, ikan liking juga boleh di stim . Tapi kebiasaanya proses masak adalah digoreng begitu sahaja.



Datanglah ke Kota Belud. Selain ada dijual di pasar, ikan liking juga boleh diperolehi yang siap masak di restoran restoran di Kota Belud. Resepi yang biasa ada seperti nasi goreng liking, ikan liking masak bersama sayur kangkung, sambal ikan liking dan liking goreng.

No comments:

Post a Comment