Tehe Tehe
Makanan Tradisi Suku Kaum Bajau Laut
Landak laut atau nama
saintifiknya Echinoidea turut dikenali
sebagai Landak laut Buluh babi oleh pencinta laut merupakan pembunuh utama terumbu
karang laut. Bagi mana mana taman laut, usaha membunuh landak laut selalu
dilakukan bagi memastikan terumbu karang hidup dengan cepat.
Tapi lain pula
ceritanya di Semporna Sabah, daerah yang kaya dengan pulau yang cantik dan
hidupan laut termasuk batu karang yang subur dan indah tidak pernah risau akan
ancaman dari landak laut atau dikenali sebagai tehe tehe oleh suku kaum Bajau
Laut. Kerana landak laut atau tehe tehe ini menjadi salah satu hidangan eksotok
tradisi yang sedap dan menjadi salah satu makanan wajib hidang bagi suku kaum
Bajau Semporna.
Nasi tehe tehe
diibartkan samalah dengan ketupat. Cara masak pun hamper sama. Cuma nasi tehe
tehe ini, nasi di masukan kedalam landak laut yang buluhnya telah dibuang
semua, direbus dan nasi akan mask bersama isi landak laut di dalam cengkerang.
Ada juga yang menggunakan cengkerang sahaja untuk memasak nasi tehe tehe ini
iaitu membuang semua isi organ dalaman landak laut dan hanya menggunakan
cengkerannya sahaja.
Selalunya bahan
campuran selain beras yang akan dimasukan dalam tehe tehe ini termasuklah
garam, halia atau makanan lain contoh udang, sotong dan lain lain lagi. Tehe
tehe ibarat periuk yang boleh digunakan untuk memasak bahan dalam satu kali
masak sahaja.
Tehe tehe yang
dihasilkan selalunya selain dimakan bersama keluarga, ia juga dihidang untuk
tetamu yang datang. Terdapat juga pengusaha yang menjual tehe tehe di warung
atau gerai di daerah Semporna Sabah.
Siapa yang datang
Semporna wajib cuba tehe tehe…………
No comments:
Post a Comment