Putu
merupakan salah satu makanan tradisi suku kaum Bajau Pantai Timur di Sabah dan
mempunyai peranan yang sama dengan nasi iaitu sebagai makanan utama. Putu atau
piutu ini boleh dijadikan makanan untuk menggantikan nasi. Orang tua suku kaum
Bajau lebih suka makan putu berbanding nasi.
Putu
dihasilkan sepenuhnya dari ubi kayu yang diparut halus. Proses penghasilan putu
adalah seperti berikut :
Ubi kayu
Ubi kayu
akan dibuang kulit, dibersihkan dan diparut
Diperah
buang air dan jadi tepung ubi
Tepung di
stim dan jadi putu
Rasa putu
agak kenyal dan masam sedikit. Sesuai dimakan dengan ikan Bakar, ikan goreng,
ampap, sagol dan lain lain lauk tradisi sabah. Putu boleh tahan lama dan
selalunya nelayan yang akan kelaut akan membawa bekal putu kerana ia boleh
bertahan lama 2-3 hari. Selain itu apabila dimakan ia mengenyangkan dan boleh
tahan lapar pun agak lama berbanding makan nasi.
Peringatan
juga janganlah minum minuman bergas apabila makan putu kerana putu adalah ubi
yang diproses dan akan berlaku tindak balas apabila meminum minuman bergas
setelah memakan putu. Perut akan rasa kembung dan tidak menyenangkan.
No comments:
Post a Comment