Nasi lemak merupakan
makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang Malaysia. Ianya juga boleh di
temui di Singapura, Indonesia dan Brunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua
bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui
di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi
lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi
menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak
dimasak bagi menambahkan aromanya. Di Indonesia Nasi lemak dipercayai di
perkenalkan oleh pekerja dan Mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di
Malaysia.
Nasi lemak biasanya
dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal.
Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak
terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
Nasi Lemak lazim
disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di
Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk,
sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh
hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih.
RESEPI
NASI LEMAK
o
4 pot beras
(dicuci dan ditoskan)
o
3 pot pati
santan
o
2 pot air
o
2 helai daun
pandan (dicuci dan dikat simpul)
o
3 ulas
bawang kecil (dihiris halus)
o
2 inci halia
(ditumbuk)
o
Sambal Tumis
(Resepi Sambal Sotong)
o
3- 4 biji telur rebus
o
1 biji timun
(dibuang kulit & dihiris)
o
Kacang tanah
(digoreng)
o
Ikan bilis
(digoreng garing)
o
Seikat
kangkung (dicelur) - optional
PROSES PENYEDIAAN
Masukkan
santan dan air ke dalam periuk nasi. Tambahkan bawang, halia, garam dan daun
pandan. Kacau semua nya hingga sebati. Akhir sekali masukkan beras yang telah
dicuci bersih.
Kemudian
dipasangkan suis periuk nasi dan biarkan hingga nasi masak / kering.
Bila nasi
dah masak, gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi terlerai.
Dan
hidangkan bersama bahan sampingan yang lain. Sedap dimakan ketika nasi masih
panas.
No comments:
Post a Comment